Sunday 25 December 2011

Ini Langkahku!!


Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan terus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku
Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kezaliman
Tegakkan keadilan
Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karana kita khalifaturrahman

Album : Ini Langkahku
Munsyid : Shoutul Harokah

Sunday 18 December 2011

Perihal Aurat.....

//:Perkongsian menarik untuk dikongsikan buat sahabat-sahabat semua. Diharap semua sahabat dan sahabiah mengambil iktibar atas apa yang disampaikan sendiri oleh Rasulullah SAW.


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab,

"Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

"Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

"Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

"Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

"Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi s.a.w.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah S.A.W menjawab,

"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Sedarlah sahabat-sahabat sekelian, peri-pentingnya menutup aurat dengan sempurna.Sedangkan Rasulullah SAW  menangis melihat keadaan wanita dalam kesiksaan,kita pula boleh senang-lenang membiarkan aurat kita terbuka begitu sahaja. 
Dahulu apabila sampai kepada umat tentang perihal menutup aurat, semua taat akan seruan tersebut.Hatta mendengarnya di pasar segera mengambil apa sahaja yang boleh dijadikan penutup kepala untuk menutup aurat. Tidak akan berganjak dari selangkahpun apabila merasakan diri mereka tidak menutup aurat. Ada yang tidak menjumpai apa-apa untuk dijadikan penutup kepala,terus memalingkan muka ke dinding supaya tidak dilihat wajah mereka dan kembali ke rumah untuk mencari kain yang lebih sesuai. 

Nah sahabat begitu taatnya sahabiah-sahabiah di zaman Rasulullah SAW. Tiada pun istilah "NANTI DULU, BELUM BERSEDIA, BELUM SAMPAI SERU" dan sebagainya. Alasan yang biasa kita dengar bukan di akhir zaman ini? Kembalilah sahabat, betulkan apa yang salah, kerana manfaatnya juga untuk kita. Buat apalah kita menentang apabila kebaikannya juga untuk kita. Kepada sahabat yang bergelar LELAKI jangan ingat anda terlepas kerana wanita-wanita inilah yang akan menarik anda ke syurga atau neraka kerana mereka inilah tanggungjawab anda. Andalah yang berperanan untuk menegur kesilapan yang mereka lakukan.

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar. Rasulullah SAW menangis mengenangkan nasib umatnya (nasib kita semua), sedangkan kita tidak terasa apa-apa. Kejamkan kita? Biarpun kita tak nampak azab tersebut tapi yakinlah janji Allah itu pasti akan membalas semua perbuatan kita di dunia ini di akhirat kelak.


"Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkan aku dengan amaran Allah.
Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta,
Jika aku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku tentang kehebatan syurga.
Jika antara kita ada tembok pemisah, ajaklah aku untuk meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka disebabkan aku, luahkanlah padaku,
agar sempat aku untuk mengubahnya...." (Dari wanita untuk semua)

CINTA AGUNG...

  Melestari kehidupan harian sesekali terfikir, kita hamba Allah yang mengaku hamba-Nya seringkali juga ingkar arahan-Nya. Begitulah manusia, tidak terlepas melakukan kesalahan. Kadang-kadang kesalahan sama juga diulang. Sedangkan diri sedar melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Lupa segala apa yang dikecapi adalah nikmat Allah yang abadi. 

  Teruk sungguh bukan?? Tidak mahu menunding jari kepada orang lain. Cukuplah memandang diri sendiri. Akur akan kelemahan diri, tapi menyerah kalah tidak sekali. Inilah ujian yang dikatakan, jika ingin tahu diri beriman tempuhlah ujian mendatang. Pasti yakin, pasti sabar dan redha apa yang ditempuh nanti adalah nikmat ujian yang Allah kirimkan buat kita yang amat-amat Dia sayangi. Agung sungguh cinta-Nya. Tidak akan jumpa pada mana-mana manusia yang ada. Dikala diri terasa lemah mengadulah kepada-Nya. Katakan kepada-Nya bahawa diri kamu benar-benar lemah,benar-benar mengharapkan bantuan langsung dari-Nya.

  Kita manusia yang sedari kecil ditemani ibu bapa. Apabila sampai satu saat ibu bapa akan melepaskan kita untuk meneruskan kehidupan. Kemudian kita akan bersama-sama rakan-rakan dan taulan sehingga satu saat mereka tidak lagi bersama-sama kita. Susah atau senang kehidupan itu terpaksa kita tempuh sendiri tanpa sesiapa di sisi. Jangan lupa ya, Allah sekali-kali tidak meninggalkan kita.

   Beruntung bukan?? Allah sentiasa memerhatikan kita, faham perasaan kita, tahu apa yang bersarang dalam otak fikiran kita. Apa lagi yang kita mahu? Sedangkan mengangkat tangan memohon sesuatu yang dihajati sendiri amat susah. Apa yang kita tahu hanya berharap pada manusia,kekuatan yang kita ada. Lupa kita bahawa manusia sekeliling kita juga milik Allah. Nikmat kekuatan yang kita ada, sedangkan ia juga milik Allah. Kenapa harus kita sombong dengan Allah? Kenapa harus kita ingkar perintah- Nya?tidak cukup dengan apa yang Allah kurniakan? Kembalilah, kembalilah bersama harapan yang baru. Perbaharui dengan azam yang menggunung untuk mencapai redha Allah. Bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan-Nya.

  Sahabat-sahabat, marilah kita renung sedalam-dalamnya diri kita. Adakah kita sudah menjadi hamba yang bersyukur akan nikmat-Nya? Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri. Saya tinggalkan lirik lagu Cinta Agung supaya kita sama-sama berazam menjadi hamba yang taat patuh kepada Allah swt.

Cinta Agung

Aaa... aaa... aaa... aaa...

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhMu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Aaa... aaa... aaa... aaa...
Qatrunnada

Wednesday 14 December 2011

Tujuh Perkara yang Selalu Diamalkan Rasulullah


//Perkongsian dari sahabat, semoga bermanfaat....:)

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus untuk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat daya fikiran dan menyihatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi dan bersih, setiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan memakai minyak wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai wangi-wangian"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyei
mbangkan kesihatan.

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Me
mbaca Ta 'awwudz, karana marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitasi hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::

Hati Ini....

Hati ini mencari rasa
Rasa rindu pada yang satu
Kenapa agaknya sering berlaku
Adakah gila yang menguasai diriku
Atau perasaanku yang beremosi
Mungkin juga hati ini pilu
Mungkin juga hati ini sayu
Mungkin juga hati ini pedih

Adakah perasaanku sendiri
Dilukai oleh khayalan sendiri
Namun ingin aku ingatkan diriku
Hati ini masih milik-Mu
Ya Allah 
Ampunkanlah diriku....

Sunday 11 December 2011

Sukan Vs Riadah

Bersukan salah satu perkara yang sangat dituntut dalam agama Islam. Bersukan merujuk kepada menjaga kesihatan tubuh badan untuk menghasilkan fizikal dan otak yang cergas. Jika disingkap sirah terdahulu, aktiviti sukan banyak dilakukan antaranya berenang, memanah, menunggang kuda dan pelbagai lagi. Tidak timbul masalah mengabaikan syariat dalam bersukan. Jika dilihat masa yang diberikan adalah sama dan tiada masalah untuk tidak menunaikan perintah Allah yang disyariatkan.

Namun pada hari ini sukan dipandang asing bagi golongan yang menjaga adab pergaulan dan sebagainya. Terutamanya yang bergelar muslimah. Adalah menjadi kepayahan kepada golongan ini untuk turut bersukan. Kenapa agaknya?? Ha, sedar atau tidak wanita mempunyai sifat yang pemalu, kurang selesa apabila tindak tanduknya diperhatikan. Keadaan ini menyebabkan mereka kurang terlibat dalam aktiviti bersukan.Wanita biasanya cenderung mengadakan aktiviti di tempat yang tertutup yang di dalamnya hanya ada golongan wanita sahaja. Mereka bebas bergerak dan melakukan aktiviti tanpa segan silu. Malangnya keadaan ini tidak disediakan untuk mereka yang bergelar muslimah. Kesannya menjadikan mereka memandang ringan kepada aktiviti sukan. Tidak mahu bersukan kerana bersukan menuntut banyak perkara yang tidak dapat dilakukan bagi mereka yang bergelar muslimah.

Sebenarnya, tiada masalah bagi sesiapa sahaja untuk bersukan. Bersukan dan beriadah, adalah 2 perkataan yang membawa kepada maksud yang sama. Muslimah atau sesiapa sahaja boleh bersukan. Sekarang  banyak alternatif lain yang disediakan bagi muslimah untuk turut sama bersukan. Contohnya, penyediaan baju sukan muslimah yang disediakan bagi sukan-sukan tertentu. Selain itu, terdapat juga tempat bersukan khas yang disediakan bagi muslimat sahaja dan terdapat juga anisiatif lain yang disediakan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk menggalakkan wanita bersukan dengan menyediakan aktiviti bersukan yang mengikut syariat khas untuk mereka yang bergelar muslimah.

Jadi muslimah sekelian, jom bersukan kerana di mana-mana sahaja banyak aktiviti sukan diadakan. Tidak salah kalau kita sertai bersama asalkan kita menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam Islam.  Jadikan sukan atau riadah sebagai salah satu ibadah kepada Allah swt di samping dapat meningkatkan mutu kesihatan tubuh badan serta fizikal.Semoga generasi yang akan datang lahir dalam keadaan yang bebas dari penyakit dengan mengamalkan sukan dalam kehidupan. Manusia perlu berusaha di samping doa yang sentiasa dipanjatkan kepada Allah swt agar kita tidak tersasar dari syariat yang ditetapkan oleh- Nya....:)

Erti Labuh Tudungku....

Tudungku labuh tapi jangan sangkakan
Ilmu ku banyak setanding ustazah
Tudungku labuh tapi jangan sangkakan
Akhlakku seindah bidadari
Tudungku labuh tapi jangan sangkakan
Diriku terbaik di antara kalian
Tudungku labuh tapi jangan sangkakan
Aku mampu merungkai segala permasalahan
Tudungku labuh tapi jangan sangkakan
Diriku mudah menahan amarahku

Aku adalah insan seperti kamu
Mencari sedikit sinar membawa
Kebahagiaan dalam diriku
Mencari redha Ilahi
Menjadi matlamatku
Kita sama sahaja
Jangan pandangku
Kerana labuhnya tudungku
Ia tidak membawa apa-apa erti
Andainya diriku tidak menghargai....

Thursday 8 December 2011

Ini Langkahku....!!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.... 
Permulaan waktu untuk memulakan langkah menerokai dunia baru bersama-sama anda wahai sahabat-sahabatku. Ingin sekali berkongsi maklumat serta ilmu yang bermanfaat di sini bersama anda di luar sana.

Kehidupan di dunia ini penuh dengan nikmat kurniaan Allah SWT. Segala-galanya dapat dirasai bagi mereka yang benar-benar menghargai nikmat kehidupan di dunia ini. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan kita kehidupan yang singkat ini untuk kita berkongsi bersama-sama, menjalinkan silaturrahim, mengikat tali persaudaraan serta memupuk semangat yang murni.

Ini Langkahku adalah semangat yang baru bagi meningkatkan diri untuk memperoleh sesuatu yang baru apabila bersama-sama anda di sini. Semoga apa yang dapat dikongsikan bermanfaat dan diredhai Allah. Semoga kita bersama-sama menghayun langkah menuju syurga-Nya bagi membuka dimensi baru dunia Islam dan mencapai matlamat meraih cinta-Nya.Salam ukhwah daripada saya untuk semua..:)