Saturday 10 March 2012

Hadiah Oh Hadiah

Dalam dunia ini ada empat hadiah yang akan kita terima. pastinya seronok menerima hadiah bukan? Apa yang lebih menarik yang ingin saya kongsikan di sini, bukan kita sahaja yang meraikannya bahkan semua orang akan turut menyambutnya dan meraikannya. Teruja bukan? Mari kita lihat apakah empat hadiah tersebut.

Pertamanya hadiah yang pasti dan pasti adalah hadiah kelahiran. Apabila lahirnya kita di dunia semua orang akan turut menyambut kelahiran kita.Best kan?? Pelbagai hadiah disediakan di sini. Baik dari saudara mara, jiran tetangga dan sahabat-sahabat ayah dan bonda. Tidak kira  bagaimana pun kelahiran pasti disambut oleh setiap orang dan pasti dirasai kegembiraan di hati setiap insan yang berada di sekelilingnya. Untung betul dan bertuah sangat diraikan sebegitu rupa. Alhamdulillah kita kita diraikan di dunia yang penuh cabaran ini.

Seterusnya yang kedua adalah hadiah ulang tahun kelahiran. Saya yakinlah bahawa apabila tiba ulang tahun kelahiran pasti akan diraikan. Pasti jugalah  akan ada hadiah yang menyusul untuk menyambut ulang tahun kelahiran tersebut. Jika tiada pun, pasti ucapan hari lahir itu masih jua terungkap di bibir sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja  yang mengingatinya meraikan ulang tahun kelahiran kita. Bertuah bukan??Begitulah seterusnya sehingga hujung nyawa.

Ketiga adalah hadiah perkahwinan. Saya pasti dan pasti hadiah perkahwinan disertakan dengan ucapan yang meriah dari setiap orang menyatakan kegembiraan di hati masing-masing. Bersatunya dua hati yang jauh pada hari yang indah. Sungguh gembira di hati setiap orang yang meraikanya dan tentu sekali, kedua-dua pengantin lebih merasai kegembiraannya.

Hadiah keempat ini, ramai juga yang menyambutnya, tapi nampaknya kesedihan lebih ketara berbanding  kegembiraan. Kenapa ya? Entahlah, yang pasti saya pun tidak tahu kerana yang mengetahui adalah individu itu sendiri dan Allah SWT lah yang lebih mengetahui. Hadiah keempat ini adalah hadiah kematian. Takut mendengarnya bukan?? Saya yakin anda mesti tersenyum riang menerima hadiah yang tersenarai di atas tapi yang ini tak tahulah apa perasaan anda sekarang. Saya pun tidak tahu kerana kita tidak sesekali lagi merasai mati. Jadi tidak tahu apakah akan menanti di sana nanti.Bagaimana dengan anda??

Tidak mengapalah mari kita teruskan. Realiti sebenar setiap orang pasti akan menghadapi mati, kerana mati itu pasti. Setiap orang jugalah yang tahu apakah hadiah yang didapatinya. Bergantung kepada dirinya sendiri, jika ingin mendapatkan hadiah yang extra bonanza dan lebih dari itu usahakan yang lebih baik seperti mana yang telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul dan jika tidak ketahuilah bahawa azab Allah sangat pedih. Mana yang kita mahu, hadiah yang indah atau sebaliknya? Mari kita melihat diri kita sudah cukup bersediakah kita menghadapi hadiah kematian ini? Jika belum, mari sama-sama kita meningkatkan amalan selaras dengan syariat Islam. Semoga Allah permudahkan urusan kita di sana, saat menerima hadiah kematiaan ini. Ya Allah kami pasti akan datang.....