Wednesday 15 August 2012

Pencuci Muka Kelas Pertama



Cermin ini jelas menunjukkan wajah saya dimenuhi jerawat di seluruh muka. Pada awalnya saya tidak ambil peduli akan jerawat ini kerana bagi saya ini adalah kesan daripada  terdedah dengan pencemaran habuk, sinaran matahari, tekanan kerja, pemakanan dan sebagainya. Tidak hairanlah jika jerawat bertubi- tubi naik ke muka, silih berganti. Tidak saya pedulikan, tapi orang lain pula yang peduli, mungkin jerawatnya jelas kelihatan dan ketara nampaknya.


      Nak dijadikan cerita, sewaktu pulang ke kampung saya mendapatkan tiket untuk pulang ke Johor pada 4 hari akan datang. Jadi, apabila tiket dibeli awal, saya tidak perlu berebut-rebut untuk mendapatkan tiket lagi. Sewaktu membeli tiket, saya ditegur oleh abang penjual tiket kerana jerawat yang sangat banyak pada muka. Saya tergamam, tidak menyangka bahawa abang tiket pun boleh tegur berapa banyaknya jerawat di muka saya. Paling saya tak tahan, dia siap bagi tips lagi bagaimana untuk mencegah jerawat tersebut. Katanya, "Nanti adik balik rumah adik ambil sebiji limau nipis kemudian belah dua. Adik buang bijinya dan sapukan pada muka. Memang pedih sikit tapi insyaallah berkesan." Nasib baik perbualan itu adalah antara saya dan dia sahaja, kalau tak malu juga dibuatnya. Saya hanya mendengar kemudian mengucapkan terima kasih lalu berlalu dari situ. Ingatkan sampai di situ sahaja, balik rumah kakak ipar saya pula mula menegur, melihatkan muka yang penuh jerawat. Pastinya dia hairan kenapa muka saya teruk sehingga begitu sekali. Maka hari itu, saya kena terima hakikat wajah saya sangat teruk dengan jerawat.  Sejak hari itu, saya sudah merancang dan sedaya upaya mencari pencuci muka supaya  jerawat kurang dan lebih tepat lagi hilang teruslah.


      Namun, sebanyak mana pun pencuci muka yang ada, tidak membantu sedikit pun. Jadi saya jadi malas untuk mencuba apa-apa produk baru. Saya teruskan dengan pencuci muka yang ada. Semakin lama semakin teruk berjerawat. Mungkin ini adalah kesan daripada pemakaian pencuci muka yang banyak.

      Lama keadaan itu sampai satu tahap membasuh muka dengan pencuci muka tidak perlu lagi. Saya lebih suka dengan pencuci muka kelas pertama iaitu berwuduk sekaligus menggunakannya bukan hanya membersihkan muka malahan membersihkan hati dengan kesinambungan amalan-amalan yang dilakukan selepas itu. Suka kan? Mestilah, air wuduk merupakan pencuci muka kelas pertama saya. Pencuci yang lain adalah pencuci muka kelas kedua. Dua-dua saya gunakan. Kini wajah nampak lebih baik dan jerawat mulai kering dan beransur hilang. Kadang-kadang ada juga, biasalah tekanan belajar mungkin. Jadi saya sarankan anda cubalah, pasti berkesan. Bukan sahaja bersih daripada jerawat malahan berseri-seri pada  wajah anda. Pasti ada perubahan dan yang paling penting kena yakin dengan Allah SWT.

      Tuntasnya, kita seharusnya melatih diri untuk sentiasa berwuduk bukan sekadar untuk solat malahan sebelum tidur, sebelum belajar, sebelum memulakan perjalanan dan pelbagai lagi. Apabila kita biasakan diri kita untuk memelihara wuduk, secara tidak langsung memudahkan diri kita untuk terus bersolat apabila masuk waktunya. Tidak perlu mengangkat wuduk lagi, tapi kalau nak berwuduk lagi boleh sahaja, silakan. Bertambah-tambah pahalanya.  Sekiranya jerawat masih ada lagi, tidaklah menjadi masalah pada diri saya apatah lagi untuk bersedih lagi. Kenapa perlu bersedih? Sedangkan jerawat  itu baik untuk kita daripada kekotoran terperangkap dalam kulit, lebih baik dilkeluarkan. Tak jadi masalah kan?


     Satu yang saya kena ingat kamu juga ya mesti kena ingat, jerawat ini dari Allah, Allah yang mengatur sistem tubuh kita.  Mungkin boleh usaha dengan menjaga pemakanan dan pelbagai lagi. Insyaallah baiklah muka itu nanti. Jerawat yang banyak memang kena buat sesuatu tapi janganlah menyebabkan pembaziran dan boleh memudaratkan diri sendiri pula. Berpada-padalah dengan apa yang ada. Seperti saya sarankan gunakan sahaja pencuci muka kelas pertama. Lumayan bukan?  Semoga bermanfaat dan semoga Allah permudahkan urusan kalian.

No comments:

Post a Comment