Friday 5 October 2012

Hari Ini

    Assalamualaikum semua....maaf, dah lama tak mengemaskini blog ini. Semakin hari, tanggungjawab semakin bertambah. Jadi kena pandai mengutamakan yang utama. Tergerak ingin berkongsi dengan anda semua tentang hari ini. Semasa hari-hari saya berlalu sebelum ini, saya hanya membiarkan dan membuka ruang sama ada untuk mengubah hari ini supaya lebih baik atau mantain yang sedia ada. Hari ini, saya terkesima dan rasanya hendak meletakkan hari ini sebagai gambar yang telah diletakkan di dalam bingkai gambar dan dilekatkan di dinding supaya saya  dapat menatapnya selalu pada hari-hari akan datang. Eeerm , mesti nak tahu kan apa yang berlaku pada hari ini? Mari sini nak mulakan bed time story nie...

    Hari ini ditakdirkan Allah untuk bertemu supervisor untuk bentang draf PSM. Saya yakin ramai yang melakukan perkara sama tapi ada perbezaan di antara kita semua. Baiklah saya kembali fokus tentang pertemuan saya dengan SV saya tadi. Sebenarnya, draf yang saya nak bentang kepada SV saya, tidaklah selengkap dan sebaik mana tapi saya sangat terkesan dengan pesanannya. Pesanan inilah yang saya ingin kongsikan dengan anda semua. Pesanan ini berbunyi, "Awak adalah orang yang baik dan tidak berbuat dosa, saya yakin awak akan cekap dan pandai dalam pelajaran." Ringkas tapi terkesan kerana saya bukanlah apa yang beliau katakan. Hampir berlinang air mata saya tapi kena tahan supaya tiada perubahan emosi yang berlaku di situ nanti. Sekali lagi saya tekankan saya bukan apa yang beliau maksudkan, tapi anda tahu tak kenapa beliau berkata begitu?

      Ini adalah, hasil pemerhatian, walaupun beliau pensyarah saya dari tahun 1 hingga sekarang dan saya yakin dan pasti beliau melihat saya membesar di hadapannya dan pasti beliau tahu perangai anak muridnya yang satu ini. Pada saya, beliau sangat menghargai sedangkan saya sering melakukan kesalahan yang saya rasa cukup untuk beliau singkirkan saya. Saya juga telah fikir pelbagai perkara buruk, apakah akan jadi apabila saya jumpa beliau setelah saya lari daripada melakukannya tempoh hari. Namun, beliau hadapi saya dengan tenang, dan raikan pendapat saya. Sangat baik! Saya benar-benar terkesan dan saya rasa sangat menyesal membuat kesalahan-kesalahan yang biadap sebelum ini. Namun, Allah ilhamkan saya dengan membuka mata saya dan melihat segala kebaikkannya. Lihat prasa beliau yang seterusnya, "Saya tak kisah orang tak suka saya, marahkan saya, kerana dosa saya akan berpindah kepada dia dan pahala dia kepada saya.Kalau suka saya, doakanlah saya." Lihat di sini, mungkin saya lupa nak doakan pensyarah, benar! saya doa tapi tak spesifik kepada sesiapa. Beliau mengingatkan supaya doakan beliau. Ya! Doakan beliau, bagi saya beliau sudah cukup banyak berkorban untuk anak muridnya, sedangkan saya, usahkan berkorban, berdoa pun tidak. Terasa, banyak yang dikongsikan, bukan sekadar PSM.

     Hari ini, saya nyatakan bahawa jarang saya dapat ilmu begini, dua-dua telah di cover. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Terima kasih kepada pensyarah yang sangat baik saya kira. Saya doakan 'ummi' sentiasa diberi kekuatan untuk memberi tunjuk ajar yang berterusan tanpa berputus asa kepada kami semua ini yang sangat dahagakan ilmu.Maafkan kesalahan kami dan sayangilah kami semua, semoga berkat seorang guru dapat dikongsi dangan pemberian bonus rahmat dari Allah SWT. Ya Allah, sayangilah pensyarah kami sebagaimana mereka menyanyangi kami dengan sentiasa komited mencurahkan ilmu yang berguna kepada kami.Amin...


        Sekadar itu sahaja, tidak hebat mana, tetapi lahir sesuatu kehebatan.  :)

No comments:

Post a Comment