Thursday 8 December 2011

Ini Langkahku....!!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.... 
Permulaan waktu untuk memulakan langkah menerokai dunia baru bersama-sama anda wahai sahabat-sahabatku. Ingin sekali berkongsi maklumat serta ilmu yang bermanfaat di sini bersama anda di luar sana.

Kehidupan di dunia ini penuh dengan nikmat kurniaan Allah SWT. Segala-galanya dapat dirasai bagi mereka yang benar-benar menghargai nikmat kehidupan di dunia ini. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan kita kehidupan yang singkat ini untuk kita berkongsi bersama-sama, menjalinkan silaturrahim, mengikat tali persaudaraan serta memupuk semangat yang murni.

Ini Langkahku adalah semangat yang baru bagi meningkatkan diri untuk memperoleh sesuatu yang baru apabila bersama-sama anda di sini. Semoga apa yang dapat dikongsikan bermanfaat dan diredhai Allah. Semoga kita bersama-sama menghayun langkah menuju syurga-Nya bagi membuka dimensi baru dunia Islam dan mencapai matlamat meraih cinta-Nya.Salam ukhwah daripada saya untuk semua..:)

No comments:

Post a Comment