Sunday 11 December 2011

Sukan Vs Riadah

Bersukan salah satu perkara yang sangat dituntut dalam agama Islam. Bersukan merujuk kepada menjaga kesihatan tubuh badan untuk menghasilkan fizikal dan otak yang cergas. Jika disingkap sirah terdahulu, aktiviti sukan banyak dilakukan antaranya berenang, memanah, menunggang kuda dan pelbagai lagi. Tidak timbul masalah mengabaikan syariat dalam bersukan. Jika dilihat masa yang diberikan adalah sama dan tiada masalah untuk tidak menunaikan perintah Allah yang disyariatkan.

Namun pada hari ini sukan dipandang asing bagi golongan yang menjaga adab pergaulan dan sebagainya. Terutamanya yang bergelar muslimah. Adalah menjadi kepayahan kepada golongan ini untuk turut bersukan. Kenapa agaknya?? Ha, sedar atau tidak wanita mempunyai sifat yang pemalu, kurang selesa apabila tindak tanduknya diperhatikan. Keadaan ini menyebabkan mereka kurang terlibat dalam aktiviti bersukan.Wanita biasanya cenderung mengadakan aktiviti di tempat yang tertutup yang di dalamnya hanya ada golongan wanita sahaja. Mereka bebas bergerak dan melakukan aktiviti tanpa segan silu. Malangnya keadaan ini tidak disediakan untuk mereka yang bergelar muslimah. Kesannya menjadikan mereka memandang ringan kepada aktiviti sukan. Tidak mahu bersukan kerana bersukan menuntut banyak perkara yang tidak dapat dilakukan bagi mereka yang bergelar muslimah.

Sebenarnya, tiada masalah bagi sesiapa sahaja untuk bersukan. Bersukan dan beriadah, adalah 2 perkataan yang membawa kepada maksud yang sama. Muslimah atau sesiapa sahaja boleh bersukan. Sekarang  banyak alternatif lain yang disediakan bagi muslimah untuk turut sama bersukan. Contohnya, penyediaan baju sukan muslimah yang disediakan bagi sukan-sukan tertentu. Selain itu, terdapat juga tempat bersukan khas yang disediakan bagi muslimat sahaja dan terdapat juga anisiatif lain yang disediakan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk menggalakkan wanita bersukan dengan menyediakan aktiviti bersukan yang mengikut syariat khas untuk mereka yang bergelar muslimah.

Jadi muslimah sekelian, jom bersukan kerana di mana-mana sahaja banyak aktiviti sukan diadakan. Tidak salah kalau kita sertai bersama asalkan kita menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam Islam.  Jadikan sukan atau riadah sebagai salah satu ibadah kepada Allah swt di samping dapat meningkatkan mutu kesihatan tubuh badan serta fizikal.Semoga generasi yang akan datang lahir dalam keadaan yang bebas dari penyakit dengan mengamalkan sukan dalam kehidupan. Manusia perlu berusaha di samping doa yang sentiasa dipanjatkan kepada Allah swt agar kita tidak tersasar dari syariat yang ditetapkan oleh- Nya....:)

No comments:

Post a Comment